Dia Adelia (TV Okey)

Saksikan drama romantik komedi bertajuk ‘Dia Adelia’ lakonan Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail dan ramai lagi. Disiarkan setiap hari bermula 30 Disember 2019 pukul 10 malam di TV Okey.

JUDUL : DIA ADELIA

EPISOD : 13 episod

TARIKH TAYANGAN : 30 Disember 2019

WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam

SIARAN TV : TV Okey (RTM)

PENGARAH : Rahila Ali

PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd

PELAKON : Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi, Amyza Aznan

WATAK PELAKON

Eyka Farhana sebagai Adelia

Fadlan Hazim sebagai Irhan

LAGU TEMA  Laki Laki РEyka Farhana

SINOPSIS DIA ADELIA

EPISOD 1

Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya.

EPISOD 2

Dia Adelia mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan, Sementara itu, Irhan semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya.

EPISOD 3

Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina.

EPISOD 4

Irhan memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

EPISOD 5

Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai ‘musuh dalam selimut’.

EPISOD 6

Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan.

EPISOD 7

Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia.

Pelakon Dia Adelia
Pelakon drama Dia Adelia

Leave a Reply