Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3)

Nantikan drama adaptasi novel ‘Bukan Kahwin Paksa’ karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha. Drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman terbitan Global Station Sdn Bhd.

JUDUL : BUKAN KAHWIN PAKSA

EPISOD : 13 episod

TARIKH TAYANGAN : Februari 2020

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil

PENGARAH : Idora Abdul Rahman

PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd

PELAKON : Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled

WATAK PELAKON

Kamal Adli sebagai Izz Rizqin (Uda)

Hannah Delisha sebagai Dara Safiya

Danial Dashuki sebagai Ryan

Alya Iman sebagai Ariyana  

Oktovia Manrose sebagai Nita

Afiq Muiz sebagai Azz Rizqin

Husna Mustaffa sebagai Tiz

Jasper Supayah sebagai Vee

Dhia Irdina sebagai Elly

SINOPSIS BUKAN KAHWIN PAKSA

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. 

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

Leave a Reply