Drama Chandelier (Astro Ria)

Nantikan drama adaptasi novel ‘Chandelier’ karya Acik Lana di slot MegaDrama, Astro Ria. Dibintangi oleh Ben Amir, Mimi Lana dan Norman Hakim. Drama arahan Michael Ang. Akan ditayangkan pada bulan Februari nanti.

JUDUL : CHANDELIER

EPISOD : 24 episod

TARIKH TAYANGAN : Februari 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam  

SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)

PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said

PENGARAH : Michael Ang

PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON : Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim , Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal , Sharifah Shahora, Laila Nasir

WATAK PELAKON 

Ben Amir sebagai Kaef

Mimi Lana sebagai Keisha

Norman Hakim sebagai Dato Emran

Shasha Abedul sebagai Syuhada

Nynaa Harizal sebagai Khalida

Nadya Syahera sebagai Ajwa

Aisar Khaled sebagai Iskandar

SINOPSIS CHANDELIER

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. 

Kaef disaman dalam perniagaanya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.
Pelakon Chandelier
Pelakon drama Chandelier

Leave a Reply