Drama Di Hujung Ranting

Nantikan drama bersiri adaptasi novel ‘Di Hujung Ranting’ karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda,¬† dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin.

JUDUL : DI HUJUNG RANTING

EPISOD : 30 episod

TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2020

SIARAN TV : RTM

PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan

PENULIS NOVEL : Indah Hairani

PENGARAH : Along Kamaludin

PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd

PELAKON : Nad Zainal, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff , Aishah Atan, Aida Khalida , Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng, Joyce Harn

WATAk PELAKON 

Nad Zainal sebagai Mawar

Shukri Yahaya sebagai Amar

Dayang Areeda sebagai Fatin

Amar Asyraf sebagai Hakim

Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi

Afzan A Rahman sebagai Helmi

Silfeny Osman sebagai Syuhadah

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING

Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Pelakon Di Hujung Ranting
Pelakon drama Di Hujung Ranting

Leave a Reply