Drama Maaf Tak Indah (TV3)

Nantikan drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang bakal mengisi slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Azlee Khairi dan Azar Azmi. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Zamriez Golden Pictures. Akan menemui penonton pada bulan Februari nanti. 

JUDUL : MAAF TAK INDAH

EPISOD : 18 episod

TARIKH TAYANGAN : Februari 2020

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENGARAH : Zamri Zakaria

PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan

WATAK PELAKON 

Azlee Khairi sebagai Reimi 

Azar Azmi sebagai Syazan

Ruhainies sebagai ziela 

Fizo Omar sebagai Jai

Zuhayr sebagai Adam

Cassia Iman sebagai Tia

SINOPSIS MAAF TAK INDAH

Kisah Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang dia cuba gugurkan. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan. Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.

Leave a Reply