Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Nantikan drama adaptasi novel ‘Tolong Sempurnakan Cerita Mami’ karya Syamnuriezmil di Astro Ria slot MegaDrama. Drama arahan Eyra Rahman terbitan Dear Creative Media. Akan menemui penonton bermula 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. 

JUDUL : TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

EPISOD : 16 episod

TARIKH TAYANGAN : 13 Januari 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD

PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis

PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil

PENGARAH : Eyra Rahman

PRODUKSI : Dear Creative Media Sdn Bhd

PELAKON : Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar

WATAK PELAKON 

Fatimah Noryyah sebagai Deena

Isyariana sebagai Razean Safiya

Fizz Fairuz sebagai Aun Adwa

Alvin Chong sebagai Harez 

Ummi Umairah sebagai Mikaela

Ken Ridzuan sebagai Mirza

Nasz Sally sebagai Hani

Azizah Mahzan sebagai Auni

Eleena Sui sebagai Bella

SINOPSIS TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad.  Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal. 

Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku. 

Pelakon Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Pelakon drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Leave a Reply